Kisah Palestin, Kisah Kita?


oleh: Shahreza*

Assalamualaikum….

Kisah Palestin…kisah sedih…kisah duka…kisah sengsara…kisah yang hanya Allah sahaja tahu kesudahannya. Kini, dunia bulat ini diam, diam sepi tentang segala jenayah kemanusian hidup ke atas mereka yang bermati-matian mempertahankan sebidang tanah kecil yang mereka panggil sebagai rumah. Rejim Zionis durjana terus menerus menumpahkan darah umat Islam. Di mana undang-undang antarabangsa? Di mana Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan manusia? Di mana umat Islam? Mereka sendiri diam, berpeluk tubuh, takut akan ancaman kafir laknatullah. Kesenyapan dunia itu, pencetus perbuatan binatang ini terus menerus merobek setiap jasad-jasad halus mereka.

Aku kecewa…tawar hati akan kaum Arab dan kaum muslimin masakini. Kita, sekarang mudah dihina, dipijak, walaupun bilangan kita ramai namun, kita sangat lemah. Umat Islam hari ini bagai semut-semut hitam yang dipijak-pijak mereka, gembira..mereka gembira. Mulut kita hanya tahu berbunyi, tetapi kosong dalam strategi. Sementara minda kita terus dalam buaian, mereka terus membuat perancangan. Sementara komuniti kita terus berkelahi, mereka terus terorganisasi. Sementara kita bercakaran sesama sendiri, mereka terus bersatu hati. Kesal…aku kesal akan kondisi umat masakini.

Kisah palestin…setengah abad berlalu sejak tertubuhnya negara Zionis. Kejayaan demi kejayaan digapai mereka setelah termeterainya perjanjian antara
Jeneral British, Balfour dengan golongan Yahudi Inggeris. Tanah merah itu menjadi saksi kekejaman Yahudi sejak itu. Zionis yang hanya ‘beberapa kerat’ itu telah mampu marampas Al-Quds dari tangan kita. Mengapa?

Al-Quds, tanah bagi para anbia’, tanah di mana kiblat pertama umat Islam berada, tanah terjadinya Israq Mi’raj. Mengapa tanah suci ini hilang dari tangan kita? Di mana semangat juang kita? Aku kira, umat Islam kini pekak, benar kata sahabatku,

“kita makin pekak, bukan pekak ditelinga, tetapi pekak di hati”

Berapa ramai yang perlu dikorbankan agar kita dapat mendengar semula? Mungkin, baru semua umat Islam sudah licin disapu mereka, baru dunia hendak sedar? Adakah begitu yang harus dilakukan? Gusar…hidup kita kini diambang kemusnahan. Palestin menjadi penanda aras sejauh manakah kesungguhan kita terhadap Islam. Setiap hari, kita menatap sendiri kisah sedih rakyat Palestin. Di mana belas kasihan kita sebagai manusia? Kisah Palestin…saya punya pandangan sendiri. Ribuan, malahan jutaan dibunuh setahun, rumah yang dianggap syurga dilanggar kuat jentolak-jentolak yahudi, anak-anak hilang kasih ayah ibu, isteri-isteri menjadi balu, hujan-hujan peluru membasahi tanah merah itu. Saudara- seagama kita di sana menagih kasih dari kita di sini, namun apa yang kita balas? Alhamdulillah, masih segelintir yang sedar. Pertubuhan seperti Aman Palestin, sebagai contohnya adalah badan yang ditubuhkan khusus untuk membantu rakyat Palestin di mana aktiviti-activiti kemnusiaan menjadi teras matlamat pertubuhun ini, yang jelas sekali untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin.

Namun, bagaimanakah umat Islam di Malaysia melihat isu palestin? Isu pertelingkahan dalam kalangan rakyat Palestin sesama sendiri menyebabkan kita muak memikirkan nasib saudara seagama kita. Apa, adakah itu boleh dijadikan alasan untuk kita terus berdiam, sebagaimana dunia ini diam. Tidak sama sekali, isu seperti ini perlu dilihat dari sudut pandangan yang berbeza. Konteks orang Islam sesama orang Islam perlu diterapkan dalam pemikiran kita, sebagai mana hadis Rasulullah SAW:

“Perumpamaan orang mukmin sesama mereka seperti jasad yang satu, sekiranya satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota akan merasa sakit dan lemah”

“ dan barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap nasib umat Islam walaupun apa bangsa, warna kulit dan kedudukan maka bukanlah dikalangan mereka”

Maka di atas asas inilah kita melihat krisis di Palestin, kita perlu peka, bukan memekakkan telinga ini. Asas di mana, kita ini saudara seagama, satu jasad, satu masyarakat, satu ummah, perlu dicurahkan dalam aliran saraf-saraf agar sebati dengan jasad yang dipinjamkan ini. Alhamdulillah, bumi Malaysia masih aman, namun kita jangan alpa dan leka akan kisah Palestin yang kini bagai telur dihujung tanduk, yang hanya menunggu dilanyak habis tentera-tentera Yahudi.

Sedarlah, kisah saudara kita di sana perlu kita hayati, selami dan jiwai. Bantuan kita, insyaAllah akan membantu mereka. Kisah sedih ini perlu di’edit’ semula menjadi kisah gembira, kisah kejayaan, kisah kegemilangan bagi umat Islam sejagat. Semoga kepimpinan kita pada hari ini dapat mewujudkan kesedaran dalam setiap kotak hati insan-insan yang bergelar rakyat Malaysia, kerana kepimpinan yang cemerlang melahirkan rakyat yang gemilang, bak kata orang tua-tua ‘ Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan’

Wassalam

“benih” akan terus-menerus ditanam di bumi ini demi “tugas suci”-Nya sampai ditiupnya sangkakala………

*Shahreza merupakan seorang pelajar persediaan ke France di Malaysia France Institute,Bangi dan beliau adalah pemilik blog http://reza90.blogspot.com/

Published by: Rana Setiawan

Rana Setiawan (Abu Aqsyira) merupakan Koordinator Liputan dan Redaktur Bahasa Indonesia di Kantor Berita Mi'raj Islamic News Agency (MINA). Juga sebagai aktifis pembebasan Al-Aqsha dan Palestina, aktif di kegiatan-kegiatan amal untuk perjuangan Islam dan Muslimin.

Categories Cinta Al-Aqsha2 Komentar

2 thoughts on “Kisah Palestin, Kisah Kita?”

  1. salam..
    Kerjasama…….
    Di mane umat2 Islam yg lain…? Xkan mau berpeluk tbuh…
    kIta tau kta xpunya kmampuan lg utk mmbuat tndkan yg lbih ke arah pembelaan org Islam kta sndri.. Kita lhat, org d ngra sndri pun xtrjaga inikan umat Islam d luar sana.. Cmne nak wat Ya ALLAH…?
    Bantulah kami.. Permudahkan urusan kami..
    Lindungila kami.. Sesungguhnya hanya pada Mu kami pohon prtolongn serta keampunan…..
    Amin….

    Suka

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s