Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis

Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis
www.iLuvislam.com
oleh: ImKoyube

Baru-baru ini, pada 26 Januari 2008, beberapa admin iLuvislam.com telah ke program ‘Menulusuri Sejarah Baitul Maqdis‘ yang diadakan di Malaysian Hall, London. InsyaAllah di sini saya sertakan rakaman video (maaf kerana kualiti rakaman video yang rendah, namun ia sudah cukup untuk kita memahami isinya).

Jutaan terima kasih kepada sahabat saya Azlan bin Nazari (pelajar University College London) kerana merakam dan meletakkan video ini di Google Video untuk dimanfaatkan oleh seluruh manusia.

Penceramah adalah Ustaz Ahmad Irfan (lulusan Master dalam Pengajian Palestin, University of Aberdeen, Scotland). beliau merupakan salah seorang moderator forum ‘Anda Bertanya, Ustaz/Ustazah Menjawab‘ di laman web ini.

Rakaman video ini mampu menjawab persoalan-persoalan seperti:

Mengapakah Palestin menjadi rebutan agama-agama utama di dunia?

Di manakah kedudukan sebenar Masjid Al-Aqsa?

Benarkah Palestin aman ketika Islam memerintah?

Bagaimana Yahudi mampu menguasai dunia kini?

Mengapa orang Yahudi menggali terowong bawah tanah di Masjid Al-Aqsa?

Benarkah Nabi Adam membina Kaabah dan juga Masjidil Aqsa? Adakah bentuk bangunan kedua-dua masjid itu sama?

Mengapa Mesir & Jordan tidak membantu Palestin?

Sejauh mana rasa kebersamaan kita dengan isu umat Islam lain merupakan indicator tahap keimanan kita. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh salah seorang ulama’ hadis; al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?


Tinggalkan Balasan